CADANG PERKENAL DEPOSIT SAMPAH KEPADA PENDAKI

Oleh: Khairulkheiza Mohd Najib       Sabtu, 05 Januari 2019 

REMBAU: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bercadang mengenakan deposit sampah kepada mereka yang mendaki bukit dan gunung di negeri ini.

Pengarahnya, Tuan Haji Salim Aman berkata, langkah itu merupakan proses untuk mendidik orang ramai supaya menjaga kebersihan di kawasan berkenaan.

"Salah satu isu yang sering dihadapi di Gunung Datuk adalah berkaitan sampah. Sebahagian besar pendaki atau pengunjung tak begitu cakna dengan masalah ini. 

"Jadi akan datang sebagaimana cadangan Yang Berhormat (Menteri Besar) tadi, kita mungkin mengenakan deposit sampah.


"Sebelum naik, kita akan buat inventori senarai barang dibuang dan kemudian mereka letak amaun (deposit)

tertentu.

"Bila turun nanti dan dibuka beg mereka, kita akan pulang balik (deposit) kalau cukup barang dibawa. Itu cadangan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Plogging @ Gunung Datuk anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan di Taman Eko Rimba Gunung Datuk, di sini, hari ini.

Perasmian dan pelepasan kira-kira 200 peserta program berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin Harun.

Turut hadir adalah Pengarah Urusan Kibing Group Malaysia Sdn Bhd, Tuan Lim Swee Ee.

1/3