SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DYMM TUANKU MUHRIZ LEBIH MERIAH

Oleh: Mohd Amin Jalil         Jumaat, 04 Januari 2019 

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berharap lebih ramai rakyat pelbagai kaum dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke-71, bermula Khamis ini.

Menteri Besar, Tuan Haji Aminuddin Harun berkata, kehadiran ramai rakyat amat penting sebagai suatu manifestasi terhadap konsep 'raja dan rakyat berpisah tiada'.

"Pelbagai aktiviti sudah dirancang sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke-71.


"Walaupun buat kali pertama kerajaan Pakatan Harapan

(PH) menganjurkannya, namun kita yakin ia dapat dilakukan dengan baik dan sempurna dan kita akan menambah baik dari semasa ke semasa pada masa depan.

"Kita mengharapkan pelbagai kaum dapat sama-sama mengambil bahagian sebagai suatu penyatuan dalam kalangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dan bersiaran secara langsung di konti Negeri FM di Sungai Gadut, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin mengulangi bahawa kerajaan PH akan terus mempertahankan institusi raja di negeri ini dan memperkasakan lagi pada masa depan.

"Kerajaan negeri akan terus memperkasakan dan mempertahankan institusi beraja di negeri ini," katanya.

1/2