"USAHLAH FITNAH LAGI"

Isnin     01 Oktober 2018       

10 oct 5-1.jpg

PORT DICKSON: "Sudahlah tu..dah lebih 20 tahun saya difitnah..Lokman pun carilah modal lain," kata calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PKR) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau jelas enggan melayan tuduhan liwat terbaru yang dilemparkan terhadapnya oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, dalam akaun Facebook miliknya mengenai kes liwat seorang pelajar Indonesia seperti dilaporkan portal dari Singapura BERITAmediaCorp.

Bagaimanapun, BERITAmediacorp sudah mengeluarkan penafian menjadi sumber laporan berkenaan dan menyifatkannya sebagai berita palsu.

Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil sudah membuat laporan polis mengenai dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, jam 11.10 pagi tadi.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau belum berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Lokman buat masa ini kerana mahu memberi tumpuan kepada PRK berkenaan.


"Saya mahu berikan tumpuan penuh kepada PRK ini," katanya yang ternyata berpuas hati dengan kempen yang

dijalankan setakat ini, pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH, Port Dickson hari ini.

Turut hadir bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Tuan Haji Aminuddin Harun.

Anwar turut memaklumkan bahawa pihaknya sudah mempunyai beberapa perancangan untuk membangunkan Port Dickson termasuk dalam bidang pendidikan yang akan diumumkan Khamis ini selain perumahan rakyat dan pelancongan.

Dalam pada itu katanya, lawatannya ke rumah ibadat akan diteruskan kerana berasa ia tidak mendatangkan masalah dan mampu menarik pengundi.