ANWAR MAHU MAJORITI BESAR

Isnin          01 Oktober 2018          

10 oct 1-1.jpg

PORT DICKSON: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dengan majoriti besar.

Sehubungan itu, beliau akan menggunakan tempoh kempen sepenuhnya untuk turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat bagi meraih sokongan padu pengundi.

"Malu kalau saya menang tetapi menang dengan majoriti tipis, memang penting dalam pilihan raya adalah menang, tapi dalam pilihan raya umum lalu majoriti yang diperoleh oleh Datuk Danyal adalah besar.


"Kawan-kawan dalam Pakatan Harapan sudah sepakat supaya saya menjadi pengganti kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Oleh itu, saya mahu mandat itu kuat dan bukan sekadar menang saja," katanya berucap

dalam program Ceramah Perdana DUN Sri Tanjung, malam tadi.

Sementara itu, Anwar berkata, hasratnya untuk memenangi PRK itu untuk memainkan peranan proaktif di Parlimen bagi memastikan institusi terbabit lebih berkesan untuk membela rakyat dan memajukan negara.

"Saya dan veteran politik lain seperti Lim Kit Siang boleh mainkan peranan di Parlimen lebih berkesan terutama dalam memastikan dasar seperti dijanjikan untuk kepentingan rakyat dan ini yang boleh dilakukan orang Port Dickson pada 13 Oktober nanti," katanya.